SEJARAH KAMPUNG
Kampung Lahar Tiang terletak lebih kurang 13 kilometer dari Kepala Batas.Menurut masyarakat tempatan yang ditemui telah mengatakan dan telah mengakui nama ‘Lahar Tiang’ di ambil dari satu lahar (kawasan tanah yang luas) dan tiang rumah ibadat siam.
Menurut kata mereka, di kawasan hujung kampung ada satu lahar ( kawasan tanah yang luas).Di tengah-tengah lahar tersebut ada satu rumah ibadat siam. Mengikut kata mereka lagi apabila rumah ibadat itu sudah dirobohkan tinggal satu lagi bekas tiang. Bekas tiang rumah ibadat tersebut terletak berdekatan dengan tali air di hujung kampung.
Sekarang tiang rumah ibadat siam tersebut telah dibuang dan bekas rumah ibadat siam tersebut telah dijadikan satu kawasan sawah padi. Jadi istilah kampung ‘Lahar Tiang’ diambil dari satu lahar dan nama tiang rumah ibadat siam tersebut.
Kampung Lahar Tiang berkeluasan 30 hektar dan mempunyai 2 buah kampung yang berdekatan iaitu Kampung Tambang, Kampung Permatang Langsat dan Kampung Permatang Durian. Kampung Lahar Tiang majoritinya terdiri daripada kaum melayu dan mempunyai 864 orang penduduk. Pekerjaan penduduk meliputi sektor kerajaan, sektor awam, bekerja sendiri dan petani.
LATAR BELAKANG KAMPUNG
( Meliputi Kampung Lahar Tiang, Kampung Tambang dan Kampung Permatang Durian )
Keluasan - 30 Hektar
Jenis kampong - Kampung Tradisional
Corak Penempatan - Berselerak
Jenis Perumahan - Rumah Kampung
Jumlah Rumah - 222 buah
Jenis perniagaan - 2 kedai
2 gerai
Jenis Industri - 1 kilang
1 perusahaan kuih
Utiliti/Infrastruktur - Liputan bekalan elektrik 24 jam
Bekalan Air – Paip dari pihak berkuasa air (PBA)
Jalan Berturap
Telefon
Pengangkutan - Van dan bas rapid penang
PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG LAHAR TIANG
Logo
Rasional Logo
Rekabentuk logo ini menggunakan motif bulatan yang memberi simbol kepada figura manusia yang sedang memegang buku dengan formasi seakan-akan huruf " C " sebagai tangan dan bulatan di tengah sebagai kepala. formasi ini di lihat daripada pandangan atas " top view " . Aksi figura yang sedang membaca ini memberi signifikasi kepada perpustakaan dan aktiviti membaca.
Dua elemen grafik yang menyerupai motifdaun pisang dan daun kelapa memberi signifikasi kepada tumbuh2an yang selalunya terdapat di desa atau di kampung. Secara kesimpulannya rekabentuk logo ini memberi maksud individu, intitusi keluarga @ orang persorangan juga boleh mendapatkan perkhidmatan dari perpustakaan dan mendapatkan bahan2 pembacaan walaupun golongan2 ini tinggal di desa @ di kampung.
Sejajar dengan nama perpustakaan ini juga yang di panggil sebagai " Perpustakaan Desa "
warna yang digunakan mengambil warna kontemporari:
hijau : warna kesegaran & alam semula jadi
Kuning : melambangkan kedaulatan undang2 dan kehormatan
biru : perpaduan & ukhwah
memberi kesinabungan kepada Perpustakaan sebagai gedung ilmu di mana ia juga merupakan tempat pertembungan budaya pelbagai kaum,bangsa dan agama yang menggunakan perkhidmatan perpustakaan ini sebagai tempat untuk mentelaah dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat, tidak kira ia wujud di desa atau di bandar amnya.
**********************************************
PERKHIDMATAN MAKLUMAT
PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG LAHAR TIANG
Maklumat Am
Nama Perpustakaan : Perpustakaan Desa PNM Kampung Lahar Tiang
Alamat : Perpustakaan Desa PNM Kampung Lahar Tiang
D/A Dewan gerakan Masyarakat PERDA Kampung Lahar Tiang
13210 Kepala Batas
Seberang Prai Utara
Pulau Pinang
Nama Pen.Pegawai : Mohd Naim
Nama Pem. Perpustakaan : Nurul Husna binti Sharif
No.Telefon : 04-5793962
Jumlah koleksi buku : 5682 buah
Jumlah keahlian sehingga : 832 orang
31 Oktober 2010
JKKK/KRT/ : Pengerusi JKKK Kampung Lahar Tiang
Ketua kawasan
Nama JKKK/KRT/ : Mohd Akhir bin Che mad
Ketua Kawasan
Alamat : 157 Permatang Saga
13210 Kepala batas
Seberang Prai Utara
Pulau Pinang
ADUN Kawasan : ADUN Pinang Tunggal
Nama ADUN Kawasan : Y.B. Datuk Roslan bin Saidin (DSPN, DJN, PKT, PJK, PJM)
Alamat : 1111-Villa Sutera
Permatang Langsat, Pinang Tunggal
13210 Kepala Batas
Pulau Pinang
Parlimen Kawasan : Kepala Batas
Nama Ahli Parlimen : YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi